Maksud
ayat 114 surah al Maidah
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke
hadrat Allah dengan) berkata Ya Allah, Tuhan kami, Turunkanlah kiranya kepada
kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi
kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan
sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan
kekuasaanMu) dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah
sebaik-baik pemberi rezeki.
Amalan Petua Rezeki Lebat Tak Habis 7 Keturunan. Sebagai seorang makhluk yang bernyawa, kita hidup memerlukan modal dan wang ringgit ataupun rezeki dari pelbagai sumber yang halal. Rezeki dari Allah pula ada dalam 1001 bentuk yang kita sendiri pun tak tersedar tentang kehadirannya. Udara bersih dapat hirup pun rezeki, diberi kebolehan menulis pun rezeki dari sumber tersebut. Jadi, apa lagi yang dipertikaikan?? Rezeki ada di mana-mana dan datangnya dalam pelbagai bentuk
Ada satu cara lagi untuk mendapatkan rezeki yang halal dan tak putus-putus. Caranya? Amalkan zikir dan doa dari ayat-ayat al Quran. Hayati maknanya. Jadikan al Quran sebagai panduan hidup. Salah satu ayat al Quran yang boleh diamalkan untuk rezeki lebat dan tak habis 7 keturunan adalah ayat 114 dari Surah al Maidah