INFLUENZA BUKAN VIRUS BIASA BIASA


Info influenza
Jangkitan saluran pernafasan termasuk hidung, tekak dan paru-paru.
Merebak melalui sentuhan atau titisan air dek bersin atau batuk.
Tiga jenis kuman influenza yang menyerang manusia iaitu Influenza A, Influenza B dan Influenza C.
Influenza A lebih merbahaya dan mampu merebak lebih cepat. Ia juga menyebabkan simptom lebih teruk berbanding jenis influenza lain.



Tanda-tanda:
Simptom influenza dan demam selesema lebih kurang sama pada awalnya. Kemudiannya, simptom influenza menjadi lebih teruk daripada demam selesema.
Demam yang tinggi lebih daripada 38 darjah celcius, sakit-sakit otot dan sendi, kepala, batuk dan selesema, sakit tekak, badan berasa lemah.



Langkah mengawal wabak influenza:
1. Kenali tanda dan rujuk pakar jika mengalami tanda awal.
2. Titik beratkan keadaan kesihatan dan mengambil vaksinasi influenza.
3. Tidak mengambil ringan penjaga kebersihan diri.
4. Jika mempunyai tanda influenza, jauhi dari orang ramai sekurang-kurangnya jarak satu meter.
Sumber: Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Dr Hamzaini Yussof

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko influenza atau komplikasi:
1) Umur - Kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik seperti asma, diabetes atau masalah jantung.
2) Hamil - Wanita hamil lebih cenderung untuk menghidapi komplikasi influenza, terutama pada trimester kedua dan ketiga. Dua minggu selepas bersalin juga lebih cenderung untuk meningkatkan komplikasi yang berkaitan dengan influenza.
3) Obesiti - Orang yang mempunyai BMI sebanyak 40 atau lebih mempunyai risiko komplikasi daripada selesema.
4) Komplikasi - Kanak-kanak dan orang dewasa berisiko tinggi mengalami komplikasi seperti: - Pneumonia - Bronkitis - Serangan asma - Masalah jantung - Jangkitan telinga * Pneumonia adalah komplikasi yang paling serius di mana mereka berisiko boleh maut. - Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mencadangkan vaksinasi flu tahunan untuk semua yang berumur enam bulan ke atas.

Kematian
Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus influenza sebenarnya berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika seperti Malaysia.
Wabak itu juga amat aktif pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan. Ia juga mudah tersebar di kawasan beriklim sederhana.
Jika diamati, laporan tahun penularan wabak berkenaan oleh WHO agak menakutkan. Dianggarkan tiga hingga lima juta kes dalam kategori sakit teruk yang mana 250,000 ke 500,000 kes melibatkan kematian.
Di negara perindustrian misalnya, kebanyakan kes kematian berkaitan dengan influenza sering direkodkan oleh golongan dewasa berumur 65 tahun ke atas.
Kajian juga menunjukkan, kira-kira 99 peratus kes kematian dalam kalangan kanak-kanak terdiri daripada mereka yang berumur di bawah umur lima tahun.
Melihat data WHO berkenaan, wajarlah kita semua berasa bimbang dengan situasi penyakit semasa itu.
Pun begitu, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menganggap demam, batuk dan selesema merupakan satu perkara biasa, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak kecil. Cukupkah sekadar memberi si kecil ubat demam secara berterusan? Adakah pendekatan itu tepat? Atau kita dalam kategori 'tunggu dan lihat' meskipun anak sudah lebih seminggu demam? Jika ya, anda perlu segera mengubah sikap itu.

Penyakit membimbangkan
influenza bukan satu penyakit biasa. Ia berbeza berbanding dengan selesema (biasa) yang mana kadar komplikasi dan kematian melibatkannya rendah.
Kata pakar  influenza dalam kebanyakan kes merupakan penyakit yang lebih membimbangkan.
virus influenza amat mudah berjangkit melalui titisan air yang tersebar melalui mulut dan hidung.
Pastinya apabila pesakit bersin dan batuk, ia secara automatik akan menyebabkan virus tersebar ke udara. Keadaan itu boleh menyebabkan orang yang berada berhampiran terdedah kepada virus.
"Jangkitan boleh merebak dengan cepat dan menyebabkan masalah pernafasan yang teruk terutamanya individu yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.
Biarpun anak kecil mudah terkena virus berkenaan, virus influenza boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, jantina, taraf kehidupan atau status kesihatan.
Golongan berisiko pula seperti wanita hamil, kanak-kanak berumur antara enam bulan ke lima tahun dan warga emas berumur 65 tahun ke atas
Individu mengalami obesiti, penyakit kronik seperti penyakit jantung, lelah, kencing manis termasuk pekerja kesihatan juga tidak terkecuali.

SUMBER: Pakar Perundingan Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar.
Vaksin
ibu bapa harus berwaspada dengan anak-anak yang berumur di bawah lima tahun.
"Kelompok itu lebih berisiko berbanding kategori lain yang disebut tadi.
Secara prinsipnya,  kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak udara, makanan dan minuman mengikut kuantiti pembesaran serta pertumbuhan diri.
Dalam membina tumbesaran, sistem pertahanan diri, pencernaan dan sistem pembiakan kanak-kanak lebih terdedah risiko berbanding dengan orang dewasa.
"Gaya hidup anak seusia itu turut menyumbang risiko apabila mereka lebih kerap bermain berdekatan dengan lantai atau tanah.
"Malahan turut mudah terdedah kepada toksin alam sekitar yang boleh mengakibatkan kerosakan kekal dan berpenyakit setelah dewasa.
Justeru, apa langkah pencegahan untuk menghindar wabak influenza?
Cara paling berkesan untuk mengubatinya ialah melalui vaksinasi. Ia lebih selamat dan berkesan untuk kanak-kanak lantaran pendekatan itu sudah digunakan lebih dari 60 tahun.
Pun demikian, untuk pesakit dewasa, vaksinasi influenza hanya mampu melindungi virus daripada terus merebak. Ini kerana virus itu tidak sepadan dengan vaksin yang diberikan.
Dr Mohammad Iqbal, Dr Hamzaini menyarankan agar vaksin influenza diambil setiap tahun.
Ia ekoran virus itu boleh menjangkiti orang yang sama berulang kali dan mudah bermutasi serta terdapat banyak jenis virus influenza, kata beliau.
"Apabila pesakit dijangkiti kuman influenza, badan pesakit hanya menghasilkan imuniti terhadap jenis virus influenza spesifik itu sahaja, tidak kepada jenis virus influenza lain.
"Ini menyebabkan seseorang boleh menghidapi jangkitan influenza banyak kali. Pesakit juga boleh mengambil ubat antivirus oseltamivir atau lebih dikenali dengan nama tamiflu.
Beliau turut menasihatkan pesakit influenza untuk memakai topeng muka dan tidak digalakkan keluar rumah bagi mengelakkan penyebaran virus influenza ini.
Jika anda terlalu khuatir tentang virus itu, singkirkan sikap itu jauh-jauh. demam influenza boleh dirawat di rumah sahaja dan hanya sebilangan kecil yang berhadapan dengan komplikasi penyakit itu perlu dimasukkan ke wad.

SUMBER:Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor, Dr Hamzaini Yussof.

Virus boleh sebabkan dehidrasi, kegagalan jantung, buah pinggang
SEKIRANYA rawatan terhadap pesakit terkena influenza dilengahkan, ia mampu mengundah padah.
antara risiko yang boleh dihidapi jika pendekatan salah itu dipilih ialah boleh menyebabkan komplikasi seperti kegagalan fungsi organ utama seperti jantung dan buah pinggang.
risiko kematian juga tidak mustahil berlaku yang bukan disebabkan oleh virus influenza tetapi komplikasi penyakit tersebut kepada tubuh badan.
pada kebiasaannya, bayi dan kanak-kanak perlu ditempatkan di wad adalah disebabkan virus influenza A dan B.
Dalam hal itu, si kecil bukan setakat mengalami demam panas, malah hilang selera makan, batuk, muntah dan dehidrasi. Impaknya, kegagalan organ utama seperti jantung dan buah pinggang boleh berlaku jika lambat dirawat.
"Pesakit kanak-kanak yang kami terima kebanyakannya bawah lima tahun. Mereka mudah dijangkiti kerana mempunyai antibodi yang rendah.
"Keadaan pesakit kanak-kanak biasanya seperti banyak kehilangan air dan mengalami dehidrasi. Masalah kekurangan air dalam badan inilah perlu diberi rawatan segera," virus influenza boleh dicegah melalui pengambilan vaksin.vaksin influenza yang terkini seperti Vaxigrip Tetra, Fluquadri dan Fluarix Tetra memberi perlindungan yang terbaik.
vaksin dapat membantu menghindarkan empat jenis virus influenza berbanding vaksin terdahulu yang hanya memberi perlindungan terhadap tiga jenis virus sahaja.
Kepada orang dewasa pula, beliau menasihatkan agar mereka yang bercadang untuk melancong atau menunaikan umrah, perlu mendapatkan vaksin terlebih dahulu.

SUMBER:Pengamal Perubatan Keluarga, Poliklinik Az-Zaara, Ampang, Selangor, Dr Ramzul Adli Mohammad.




TIPS DOKTOR SAY TENTANG PENCEGAHAN VIRUS INFLUENZA


TIPS DARI DR SAY SHAZRIL NI TENTANG PENCEGAHAN VIRUS INFLUENZA YANG PERLU DIIKUTI .

BAK KATA PEPATAH: "MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"

1) Jaga kebersihan 
Sering kali kita terlihat, ramai orang yang menutup mulut atau hidungnya ketika bersin dan juga batuk. Tetapi perlu diingatkan juga supaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih yang mengalir supaya kuman di telapak tangan tidak tersebar di merata tempat. Secara tidak langsung dapat mengelakkan virus influenza ini dijangkiti. 




2) Pakai topeng muka
Tutup mulut atau hidung dengan tisu kering apabila batuk atau bersin. Selain itu, pakai topeng muka supaya titisan cecair dari mulut dan hidung tidak tersebar ke orang lain. 
3) Jauhi tempat sesak
Apabila terkena jangkitan selesema ataupun flu, jauhkan diri daripada tempat yang sesak. Juga elakkan diri daripada mendekati orang-orang yang batuk atau selesema dan hindari bersentuhan dengan orang luar negara atau pelancong asing yang dijangkiti influenza atau flu burung. 


Memakai penutup muka (face mask) dapat elakkan titisan cecair dari mulut dan hidung tersebar pada orang lain.
4) Pemakanan dan diet sihat 
Jamah hidangan mengikut piramid makanan seimbang dan tidak membeli makanan luar yang terdedah di persekitaran kotor. Selain itu, galakkan diri untuk lebih aktif bergerak dan berpeluh dalam kehidupan seharian. 

5) Vaksin flu
Ibu bapa perlu prihatin terhadap anak-anak yang berumur di bawah lima tahun kerana kelompok itu lebih berisiko berbanding kategori yang lain. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak udara, makanan dan minuman mengikut kuantiti pembesaran serta pertumbuhan diri. 
Cara paling berkesan untuk mengubatinya ialah melalui vaksinasi kerana ia lebih selamat dan berkesan untuk kanak-kanak, malah pendekatan itu sudah digunakan sejak lebih 60 tahun. 
Mengulas lanjut, Dr Say yang ditemui ketika majlis pelancaran kempen Flu Prevention Is An Act Of Love mengakui ada benarnya dengan kenyataan bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati. 


Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Malahan, beliau turut menasihati kelompok remaja dan dewasa supaya sentiasa sedar dan menjaga kesihatan agar tidak dijangkiti virus influenza.  
"Bila imuniti badan rendah, kita senang dijangkiti penyakit. Imuniti badan boleh rendah jika kita kurang rehat, stres, pemakanan dan diet yang tidak seimbang serta waktu tidur yang tidak cukup," katanya.
Sehubungan itu, katanya, ibu bapa dan penjaga perlu ingat jika keimunan kanak-kanak bawah lima tahun dan warga tua berusia 65 tahun ke atas ini pada tahap rendah, akan lebih senang dijangkiti demam, juga batuk dan selesema. 
"Jadi amalkan gaya hidup sihat, dapatkan vaksin supaya kita dapat kurang komplikasi dan tidak mudah dijangkiti virus influenza," katanya.

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM 2020

Tahukah anda melalui Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM bagi tahun 2020, pelajar sekolah bakal menerima bantuan sehingga RM500 dan pelajar IPT pula sehingga RM1,000.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut cara membuat permohonan dana ini secara online serta syarat kelayakan dan senarai dokumen yang diperlukan.
Anda juga boleh menderma ke tabung ini. Setiap derma akan mendapat pengecualian cukai pendapatan atas nama “Tabung Kebajikan dan Pelajaran YaPEIM”.

INSPIRASIKU YAPEIM 2020

Antara matlamat utama dana ini ialah:
  • Untuk membantu dan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40 untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit
  • Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif
  • Platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40

PERMOHONAN DANA INSPIRASI MALAYSIA

Permohonan boleh dibuat secara online bermula Disember tahun lepas sehingga tarikh tutup 31 Januari 2020.
Untuk permohonan secara manual, borang permohonan boleh didapati di sini:
  • Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
  • Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
  • Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara
  • Memuat Turun Borang di media sosial rasmi dan laman sesawang YaPEIM “yapeim.my”
Permohonan kategori pelajar sekolah hendaklah diisi oleh ibu bapa atau penjaga. Manakala bagi permohonan bantuan IPT boleh diisi boleh pelajar sendiri.
Dan menariknya bantuan ini tidak dihadkan untuk seorang anak sahaja.

Setiap keluarga layak memohon lebih dari satu permohonan sekiranya setiap anak memenuhi kriteria dan syarat permohonan.
Dan sekiranya anda pernah dapat Dana Inspirasi Malaysia sebelum ini, anda masih boleh memohon kali kedua dan seterusnya sekiranya masih layak.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat emel inspirasiku@yapeim.my
Antara syarat am permohonan:
  • Permohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjaga
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia 
  • Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan
Antara dokumen diperlukan ketika mengisi permohonan ini ialah:
  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
  3. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung