PERSEDIAAN BILA BERAKHIRNYA MORATORIUM 30 SEPTEMBER 2019

Soalan Lazim Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19 (Deferment Package) Dari Bank Negara Malaysia (BNM)



Ini adalah soalan dan jawapan berhubung pakej penangguhan pinjaman/moratorium yang telah dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia.
1. Apakah penangguhan pembayaran pinjaman/pembiayaan?
Ini adalah penangguhan sementara untuk bayaran pinjaman/pembiayaan dalam tempoh terhad. Semasa tempoh ini, peminjam/pelanggan dengan pinjaman/pembiayaan yang mematuhi syarat yang telah ditetapkan tidak perlu buat sebarang bayaran balik, dan tidak akan dikenakan denda lewat bayar (late payment fee).

Faedah (bagi pinjaman konvensional) dan keuntungan (bagi pinjaman Islamik) akan berjalan seperti biasa dan peminjam/pelanggan perlu meneruskan bayaran balik pada masa hadapan. Proses bayaran balik akan berlangsung selepas tempoh penangguhan dihentikan.
2. Apakah tujuan pakej penangguhan ini?
Tujuan pakej ini adalah untuk meringankan beban individu dan peniaga yang menghadapi kesukaran kewangan akibat daripada pandemik COVID-19. Pihak BNM berharap agak pakej ini akan membantu individu dan peniaga yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh ini. Bayaran balik pinjaman/pembiayaan akan berlangsung seperti biasa selepas tempoh penangguhan.
3. Apakah institusi kewangan yang menawarkan pakej penangguhan ini?
Semua bank berdaftar, bank Islamik dan institusi kewangan pembangunan (IKP)/development financial institutions (DFI) yang dikawal selia oleh BNM (institusi kewangan) akan menyediakan penangguhan ini. Peminjam/pelanggan yang memenuhi kriteria boleh menggunakan pakej penangguhan pinjaman ini.
4. Apakah pinjaman/pembiayaan yang layak untuk penangguhan?
Untuk individu dan Perniagaan Kecil Sederhana (PKS)/Small Medium Enterprise (SMEs), penangguhan terhadap pinjaman konvensional atau pembiayaan Islamik (kecuali kad kredit) akan berlangsung secara automatik bagi bank dan institusi kewangan pembangunan (IKP)/development financial institutions (DFI) jika mematuhi kriteria berikut:
– Tidak mempunyai tunggakan melebihi 90 hari pada 1 April 2020; dan
– Denominasi di dalam Ringgit Malaysia (MYR).
Untuk pelanggan korporat pula, mereka boleh memohon penangguhan (moratorium) untuk pinjaman/pembiayaan daripada bank yang terlibat.
5. Adakah pakej penangguhan ini melibatkan pinjaman/pembiayaan yang baru lulus?
Pakej ini melibatkan semua pinjaman/pembiayaan yang mempunyai tunggakan bermula dari 1 April 2020.
6. Bolehkah saya mohon penangguhan lebih dari 6 bulan?
Penangguhan ini hanya dalam tempoh 6 bulan. Sila hubungi bank yang terlibat sekiranya anda memerlukan tempoh penangguhan yang lebih lama.
7. Adakah saya perlu mohon?
Tidak. Semua pinjaman/pembiayaan individu dan industri kecil sederhana (PKS) (kecuali kad kredit) yang memenuhi kriteria akan layak untuk pakej penangguhan secara automatik.
8. Jika saya mengambil pakej penangguhan ini, adalah rekod CCRIS saya akan terjejas?
Tidak. Walau bagaimanapun, faedah/keuntungan akan terus terakru (diambil kira) terhadap bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan dan peminjam/pelanggan perlu melunaskan pembayaran balik yang tertangguh pada masa hadapan.

Peminjam/pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pihak institusi kewangan yang terlibat bagi membincangkan pilihan yang ditawarkan untuk menyambung semula bayaran balik selepas tempoh penangguhan pinjaman.
9. Saya gagal buat bayaran Pinjaman/Pembiayaan, adakah saya layak untuk tawaran penangguhan ini? Adakah pinjaman di bawah program penjadualan dan penstrukturan semula (R&R) layak untuk pakej penangguhan ini?
Pinjaman/pembiayaan yang mempunyai tunggakan lebih daripada 90 hari tidak layak untuk ditangguhkan. Peminjam/pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi institusi kewangan/bank terlibat untuk bantuan.

Pinjaman/pembiayaan di bawah program R&R juga layak untuk penangguhan, tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan, iaitu:
– Tidak mempunyai tunggakan melebihi 90 hari pada 1 April 2020; dan
– Denominasi di dalam Ringgit Malaysia (MYR).
10. Apakah perbezaan pakej penangguhan pinjaman BNM ini berbanding penangguhan pinjaman/pembiayaan (moratorium) yang diumumkan oleh beberapa bank sebelum ini?
Peminjam/pelanggan yang telah bersetuju untuk menerima bantuan pakej penangguhan pinjaman (moratorium) daripada bank dan institusi kewangan pembangunan (IKP) sebelum ini boleh memilih untuk membatalkan perjanjian tersebut, sekiranya mereka mahu.
11. Adakah pinjaman atau pembiayaan dengan institusi kewangan bukan bank seperti koperasi, pemberi pinjaman wang berlesen (PPW), atau majikan layak untuk mendapatkan pakej penangguhan ini?
Tidak. Pemberi pinjaman bukan bank atau penyedia kredit yang tidak dikawal selia oleh BNM tidak menyertai pakej penangguhan ini.
12. Bagaimana saya hendak tahu sekiranya bank saya telah mendaftarkan pinjaman/pembiayaan saya ke dalam pakej penangguhan pinjaman ini dan bagaimana hendak tahu sekiranya saya layak atau tidak?
Pakej penangguhan ini dikenakan secara automatik kepada semua individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS) yang mempunyai tanggungjawab bayaran balik pinjaman/pembiayaan konvensional atau Islamik (kecuali kad kredit); yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik melebih 90 hari; denominasi di dalam Ringgit Malaysia (MYR) pada 1 April 2020.

Semua institusi kewangan akan memberikan maklumat menerusi laman sesawang mereka dan akan menghubungi peminjam menerusi sms/emails/panggilan telefon dengan maklumat tambahan berkaitan pakej penangguhan, dan juga dengan pilihan bayaran balik selepas tempoh penangguhan. Sila semak maklumat lanjut menerusi saluran yang telah dinyatakan di atas atau hubungi talian khidmat pelanggan institusi kewangan anda untuk maklumat lanjut.
13. Saya bekerja di dalam sektor pelancongan dan terjejas teruk akibat pandemik ini, saya sukar untuk buat bayaran balik pinjaman gadai janji daripada bulan Januari dan simpanan saya semakin berkurang. Adakah saya layak untuk menerima pakej penangguhan ini?
Ya, sekiranya pinjaman/pembiayaan anda tidak mempunyai tunggakan lebih dari 90 hari pada 1 April 2020.
14. Saya menjalankan perniagaan kecil yang terjejas teruk oleh pandemik COVID-19, jika perniagaan tidak pulih, saya tidak mampu membayar balik sewa beli kereta dan pinjaman/pembiayaan peribadi. Adakah saya layak untuk menerima pakej penangguhan ini?
Ya, sekiranya pinjaman/pembiayaan anda tidak mempunyai tunggakan lebih dari 90 hari pada 1 April 2020.
15. Adakah saya akan dikenakan faedah tambahan untuk bayaran balik yang telah ditangguhkan selama tempoh 6 bulan tersebut?
Untuk pinjaman konvensional, faedah akan terus dikenakan terhadap baki tertunggak untuk pinjaman pokok dan kadar faedah (terkumpul) sepanjang tempoh penangguhan pinjaman (moratorium). Walau bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan mungkin tidak akan mengenakan faedah kompaun semasa tempoh penangguhan. Sila semak di laman sesawang bank berkaitan untuk maklumat lanjut.

Untuk pembiayaan Islamik, keuntungan akan terus terakru terhadap jumlah pokok tertunggak. Walau bagaimanapun kadar keuntungan berikut tidak akan di kompaun selaras dengan prinsip Syariah.

Institusi kewangan tidak dibenarkan untuk mengenakan caj penalti lewat bayar kepada amaun tertunggak. Dalam erti kata lain, hanya bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan selama 6 bulan.
16. Bagaimanakah bayaran bulanan pembiayaan sewa beli (hire purchase) saya sebelum dan selepas 6 bulan tempoh moratorium?

Jadual di atas adalah berdasarkan pinjaman sewa beli dengan kadar tetap, dengan andaian:
– Amaun pinjaman/pembiayaan – RM90,000, kadar faedah/keuntungan tetap – 4%.
– Tempoh bayaran asal – 9 tahun, peminjam/pelanggan telah buat bayaran selama 3 tahun.
– Baki pinjaman/pembiayaan sebelum dan selepas tempoh penangguhan – RM81,600.
– Tiada caj tambahan faedah/keuntungan dikenakan semasa tempoh penangguhan.
17. Apakah yang akan terjadi kepada bayaran balik pinjaman/pembiayaan selepas tempoh penangguhan? Adakah akan berlaku penambahan terhadap bayaran balik setiap bulan, atau tempoh bayaran balik akan menjadi lebih lama?
Untuk pinjaman konvensional, faedah akan terus dikenakan terhadap baki tertunggak untuk pinjaman pokok dan kadar faedah (terkumpul) sepanjang tempoh penangguhan pinjaman (moratorium). Walau bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan mungkin tidak akan mengenakan faedah kompaun semasa tempoh penangguhan. Sila semak di laman sesawang bank berkaitan untuk maklumat lanjut.

Untuk pembiayaan Islamik, keuntungan akan terus terakru terhadap jumlah pokok tertunggak. Walau bagaimanapun kadar keuntungan berikut tidak akan di kompaun selaras dengan prinsip Syariah.

Peminjam/pelanggan dinasihatkan untuk peka terhadap notis dari institusi kewangan untuk perlaksanaan pakej penangguhan ini.

Peminjam/pelanggan diingatkan untuk mempertimbangkan pilihan bayaran yang dicadangkan oleh institusi kewangan, terutama bagaimana untuk meneruskan bayaran balik selepas tempoh penangguhan. Ini termasuk amaun bayaran balik/ansuran yang lebih tinggi untuk menjaga tempoh pinjaman/pembiayaan asal, atau tambahan tempoh pinjaman/pembiayaan selepas 6 bulan tempoh penangguhan/moratorium.

Peminjam/pelanggan perlu memastikan bahawa mereka faham implikasi kewangan secara menyeluruh dan keupayaan untuk memenuhi kehendak dan perlu menghubungi institusi kewangan yang terlibat menerusi panggilan telefon/E-mel jika perlu maklumat tambahan.
18. Pinjaman/pembiayaan saya adalah di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK (PKP)/AKPK Debt Management Programme (DMP). Adakah saya layak untuk penangguhan?
Ya. Seperti juga pinjaman/pembiayaan dengan institusi kewangan yang lain, faedah/keuntungan akan terus terakru terhadap pinjaman/pembiayaan yang telah di tangguh. Peminjam/pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pihak AKPK untuk membincangkan pilihan yang tersedia kepada peminjam/pelanggan di bawah PKP/DMP.
19. Adakah kemudahan overdraft, pembiayaan bersama atau Ar-Rahnu layak untuk penangguhan?
Pakej penangguhan ini diaplikasikan kepada pinjaman/pembiayaan dengan bayaran balik yang dijadualkan atau bayaran balik secara kontrak, termasuk kemudahan pembiayaan yang memerlukan bayaran faedah/keuntungan berjadual.
20. Jika pelanggan korporat memutuskan untuk mengambil pakej penangguhan pinjaman/pembiayaan, adalah mereka masih layak untuk mendapatkan pembiayaan baru dari pihak institusi kewangan?
Ya. Keputusan kredit dari institusi kewangan adalah tertakluk kepada polisi dan penilaian kredit dalaman institusi kewangan terbabit.
21. Saya mempunyai pinjaman/pembiayaan di bawah perjanjian auto-debit. Adakah pihak institusi kewangan akan menghentikan proses auto-debit daripada akaun bank saya selama 6 bulan?
Ya. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak menerima pakej penangguhan bayaran pinjaman dan ingin terus buat bayaran pinjaman/pembiayaan anda secara auto-debit, sila maklumkan kepada institusi kewangan terbabit.
22. Sebagai pelanggan korporat, apakah kriteria yang diperlukan untuk menerima pakej penangguhan ini?
Peminjam/pelanggan korporat perlu merujuk kepada institusi kewangan untuk penangguhan dan penyusunan/penstrukturan semula pinjaman/pembiayaan mereka. Kriteria yang ditetapkan adalah bergantung kepada penilaian dan polisi kredit dalaman institusi kewangan yang terlibat.

Sebagai tambahan, pinjaman/pembiayaan ini mestilah mematuhi kriteria di bawah:
– Tidak mempunyai tunggakan melebihi 90 hari pada 1 April 2020; dan
– Denominasi di dalam Ringgit Malaysia (MYR).
23. Pinjaman/pembiayaan saya di bawah Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA). Adakah saya perlu maklumkan kepada pihak BPA?
Penangguhan pinjaman/pembiayaan selama 6 bulan adalah secara automatik oleh institusi kewangan. Institusi kewangan akan bekerjasama dengan pihak BPA. Anda tidak perlu memaklumkan kepada pihak BPA.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak ingin mengambil pakej penangguhan dan terus buat bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang diuruskan oleh BPA, sila maklumkan kepada majikan anda atau pihak institusi kewangan yang terlibat.
24. Bagaimanakah pinjaman/pembiayaan perumahan bulanan saya selepas 6 bulan tempoh moratorium?

Jadual di atas menunjukkan pinjaman perumahan konvensional dengan andaian berikut:
– Tiada tambahan jangka masa bayaran balik selepas tempoh penangguhan.
– Amaun pinjaman – RM300,000.
– Kadar faedah – 4.6% p.a. (faedah tidak di kompaun sepanjang tempoh penangguhan).
– Tempoh asal – 35 tahun, dan peminjam telah membayar balik selama 5 tahun.
– Bayaran faedah dan pokok digantung sepanjang tempoh penangguhan.
– Pinjaman pokok tertunggak sebelum tempoh penangguhan – RM280,585.
– Amaun tertunggak selepas penangguhan yang perlu dibayar dalam tempoh 29.5 tahun = RM287,038.
25. Saya ingin buat bayaran balik seperti biasa setiap bulan. Bagaimana saya hendak pilih untuk dikecualikan daripada menerima pakej penangguhan bayaran pinjaman ini secara automatik?
Sila beri maklum balas kepada pemberitahuan yang dihantar oleh institusi kewangan dan maklumkan yang anda tidak mahu menyertai pakej penangguhan bayaran balik. Anda perlu buat bayaran balik mengikut tempoh dan jumlah yang ditetapkan untuk pinjaman/pembiayaan anda.
26. Saya mempunyai pinjaman/pembiayaan yang ditolak secara automatik daripada gaji di bawah skim kakitangan. Contohnya, pinjaman/pembiayaan yang disediakan oleh majikan tetapi diuruskan dan diagihkan oleh institusi kewangan. Adakah saya layak untuk pakej penangguhan?
Tidak. Itu adalah skim majikan bukan oleh institusi kewangan.
27. Adakah pihak institusi kewangan akan menangguhkan bayaran secara automatik sekiranya saya tidak memberi maklum balas terhadap pemberitahuan yang dihantar?
Ya.
28. Adakah saya layak untuk penangguhan bayaran balik sekiranya saya mempunyai pendapatan yang tidak terjejas oleh pandemik COVID-19? Kawan-kawan saya telah mengesyorkan supaya saya menerima moratorium secara automatik berbanding memilih untuk meneruskan bayaran balik seperti biasa.
Ya. Walau bagaimanapun, faedah akan terus terakru sepanjang 6 bulan tempoh moratorium. Ansuran bulanan dan jumlah faedah akan meningkat selepas tempoh penangguhan (rujuk ilustrasi yang dipaparkan pada soalan 24).

Oleh itu, peminjam/pelanggan dinasihatkan supaya meneliti pilihan bayaran balik selepas tempoh moratorium dan dinasihatkan supaya meneruskan bayaran balik bulanan seperti biasa sekiranya mereka mampu (rujuk soalan 25).
29. Untuk pinjaman/pembiayaan kepada perusahaan kecil sederhana (PKS), adakah penangguhan bayaran diaplikasikan kepada bayaran kepada Credit Guarantee Corporation (CGC)?
CGC telah mengumumkan yang pihak mereka menawarkan penangguhan automatik untuk 6 bulan kepada semua pelanggan yang mempunyai pinjaman/pembiayaan secara terus dengan mereka. Ini hanya untuk akaun pinjaman/pembiayaan yang tidak tertunggak lebih daripada 90 hari. CGC boleh dihubungi di alamat E-Mel [email protected] atau di talian 03-7880 0088.
30. Selepas tempoh penangguhan, adakah amaun bayaran balik atau tempoh pembiayaan akan dikira berdasarkan amaun terakru? Bagaimana pula dengan pinjaman/pembiayaan yang hampir tamat, cth: bayaran akhir adalah kurang dari tempoh 6 bulan?
Peminjam/pelanggan adalah dinasihatkan untuk menghubungi institusi kewangan terlibat untuk membincangkan pilihan yang ada bagi meneruskan bayaran selepas tempoh penangguhan. Lihat jawapan untuk Soalan 17.
31. Siapa yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini?
Pakej Penangguhan Bayaran dan Pakej Penukaran akan diberikan secara automatik kepada peminjam dan pelanggan yang layak.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tolong JANGAN mengunjungi cawangan institusi kewangan anda sepanjang tempoh ini. Gunakan E-Mel, lawati saluran atas talian (online) Institusi Kewangan anda atau muat turun (download) aplikasi mudah alih institusi kewangan anda untuk perhubungan.

Kebanyakan perkhidmatan barisan hadapan termasuk BNMLINK untuk pelawat walk-in telah digantung dari 18 Mac hingga 14 April 2020.

Walau bagaimanapun, orang awam boleh menghubungi BNM menerusi saluran di bawah atau rujuk laman sesawang BNM di www.bnm.gov.my untuk maklumat terkini:
– LINK – https://telelink.bnm.gov.my ; atau
– BNMTELELINK – 1-300-88-5465 dari Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang).







COVID 19 setelah 129 hari kita PKP

COVID19  bermula di Malaysia pada Januari 2020



rentetatan itu,,,penularan semakin menjadi-jadi sehingga 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Perintah kawalan pergerakan(PKP) sehinggalah sekarang PKPP(pemulihan) setelah berlaku penurunan kes  selepas beberapa bulan.


Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

23 Januari
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
- KKM sahkan kes di Sabah negatif.

24 Januari
KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Januari
-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.
- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

26 Januari
-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.

27 Januari
-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
-Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

28 Januari
-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.
-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

29 Januari
-KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.
- Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Januari
- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.
- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.
- Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

31 Januari
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.

1 Februari
- Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari disekat memasuki Sarawak sehingga dimaklumkan kelak.
- Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.
Pesawat AirAsia AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi tadi. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
4 Februari
- Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari.
- Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari.
- Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan coronavirus 2019.

5 Februari
- Sejumlah 74 orang dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.
- Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.

6 Februari
- Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Februari
- Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari.

8 Februari
- Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes.

9 Februari
- Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara 17 kes. Wanita itu adalah ibu mentua kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari, iaitu kes kesembilan.

10 Februari
- Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

11 Februari
- Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

12 Februari
- KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.
- WHO mengumumkan COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi novel koronavirus 2019.
- Dr Dzulkefly berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.

13 Februari
- Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.

14 Februari
- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

27 Februari
- Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19.

28 Februari
- Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif 25 orang, dengan 22 sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
- Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia manakala kes ke-25 lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.

1 Mac 2020:
- KKM mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.
- Kes ke-26 adalah berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari, kes ke-27 adalah jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 adalah lelaki berusia 45 tahun, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari.

3 Mac
- KKM mengesahkan tujuh kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu adalah kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Februari.

4 Mac
- Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 adalah kontak rapat bagi kes ke-26.

5 Mac
- Lima lagi individu disahkan positif COVID-19, dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu kepada 55.

6 Mac
- Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 83 kes
.
7 Mac
- Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif 93.

8 Mac
- Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 kepada 99 kes. Semua kes adalah kontak rapat kluster kes ke-26.

9 Mac
- Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101 membabitkan seorang lelaki yang pulang dari Iran.

10 Mac
- Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini 129. Kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.

11 Mac 2020:
- Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149.

12 Mac
- Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158.
- WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara selain China.
- Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit adalah antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.


13 Mac
- Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi rawatan anti-viral.

14 Mac
- Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 238. Semua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.

15 Mac
- Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

16 Mac
- Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

bermulalah PKP.
Selepas itu PKP 2
Seterusnya PKP 3
PKPB , PKBD dan yang paling terkini PKPP kerana penurunan kes.



tapi sejak sekolah mula dibuka sepenuhnya,kes mula meningkat. kluster baru semakin banyak,kes tempatan meningkat  kepada 2 angka.. kebimbangan masih dirasa kerana covid masih belum pergi sepenuhnya,

semoga ia cepat  berlaku,

kepada  semua.
jagalah diri dan keluarga .
semoga kita rakyat Malaysia terus selamat,
wahai covid19..pergilah dikau .
tinggalkan kami Malaysia
tinggalkan dunia.


x
x






LATIHAN ENGLISH GRADE 2 UTK ANAK ANAK ANDA SEMASA PKP










INFLUENZA BUKAN VIRUS BIASA BIASA


Info influenza
Jangkitan saluran pernafasan termasuk hidung, tekak dan paru-paru.
Merebak melalui sentuhan atau titisan air dek bersin atau batuk.
Tiga jenis kuman influenza yang menyerang manusia iaitu Influenza A, Influenza B dan Influenza C.
Influenza A lebih merbahaya dan mampu merebak lebih cepat. Ia juga menyebabkan simptom lebih teruk berbanding jenis influenza lain.



Tanda-tanda:
Simptom influenza dan demam selesema lebih kurang sama pada awalnya. Kemudiannya, simptom influenza menjadi lebih teruk daripada demam selesema.
Demam yang tinggi lebih daripada 38 darjah celcius, sakit-sakit otot dan sendi, kepala, batuk dan selesema, sakit tekak, badan berasa lemah.



Langkah mengawal wabak influenza:
1. Kenali tanda dan rujuk pakar jika mengalami tanda awal.
2. Titik beratkan keadaan kesihatan dan mengambil vaksinasi influenza.
3. Tidak mengambil ringan penjaga kebersihan diri.
4. Jika mempunyai tanda influenza, jauhi dari orang ramai sekurang-kurangnya jarak satu meter.
Sumber: Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Dr Hamzaini Yussof

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko influenza atau komplikasi:
1) Umur - Kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik seperti asma, diabetes atau masalah jantung.
2) Hamil - Wanita hamil lebih cenderung untuk menghidapi komplikasi influenza, terutama pada trimester kedua dan ketiga. Dua minggu selepas bersalin juga lebih cenderung untuk meningkatkan komplikasi yang berkaitan dengan influenza.
3) Obesiti - Orang yang mempunyai BMI sebanyak 40 atau lebih mempunyai risiko komplikasi daripada selesema.
4) Komplikasi - Kanak-kanak dan orang dewasa berisiko tinggi mengalami komplikasi seperti: - Pneumonia - Bronkitis - Serangan asma - Masalah jantung - Jangkitan telinga * Pneumonia adalah komplikasi yang paling serius di mana mereka berisiko boleh maut. - Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mencadangkan vaksinasi flu tahunan untuk semua yang berumur enam bulan ke atas.

Kematian
Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus influenza sebenarnya berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika seperti Malaysia.
Wabak itu juga amat aktif pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan. Ia juga mudah tersebar di kawasan beriklim sederhana.
Jika diamati, laporan tahun penularan wabak berkenaan oleh WHO agak menakutkan. Dianggarkan tiga hingga lima juta kes dalam kategori sakit teruk yang mana 250,000 ke 500,000 kes melibatkan kematian.
Di negara perindustrian misalnya, kebanyakan kes kematian berkaitan dengan influenza sering direkodkan oleh golongan dewasa berumur 65 tahun ke atas.
Kajian juga menunjukkan, kira-kira 99 peratus kes kematian dalam kalangan kanak-kanak terdiri daripada mereka yang berumur di bawah umur lima tahun.
Melihat data WHO berkenaan, wajarlah kita semua berasa bimbang dengan situasi penyakit semasa itu.
Pun begitu, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menganggap demam, batuk dan selesema merupakan satu perkara biasa, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak kecil. Cukupkah sekadar memberi si kecil ubat demam secara berterusan? Adakah pendekatan itu tepat? Atau kita dalam kategori 'tunggu dan lihat' meskipun anak sudah lebih seminggu demam? Jika ya, anda perlu segera mengubah sikap itu.

Penyakit membimbangkan
influenza bukan satu penyakit biasa. Ia berbeza berbanding dengan selesema (biasa) yang mana kadar komplikasi dan kematian melibatkannya rendah.
Kata pakar  influenza dalam kebanyakan kes merupakan penyakit yang lebih membimbangkan.
virus influenza amat mudah berjangkit melalui titisan air yang tersebar melalui mulut dan hidung.
Pastinya apabila pesakit bersin dan batuk, ia secara automatik akan menyebabkan virus tersebar ke udara. Keadaan itu boleh menyebabkan orang yang berada berhampiran terdedah kepada virus.
"Jangkitan boleh merebak dengan cepat dan menyebabkan masalah pernafasan yang teruk terutamanya individu yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.
Biarpun anak kecil mudah terkena virus berkenaan, virus influenza boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, jantina, taraf kehidupan atau status kesihatan.
Golongan berisiko pula seperti wanita hamil, kanak-kanak berumur antara enam bulan ke lima tahun dan warga emas berumur 65 tahun ke atas
Individu mengalami obesiti, penyakit kronik seperti penyakit jantung, lelah, kencing manis termasuk pekerja kesihatan juga tidak terkecuali.

SUMBER: Pakar Perundingan Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar.
Vaksin
ibu bapa harus berwaspada dengan anak-anak yang berumur di bawah lima tahun.
"Kelompok itu lebih berisiko berbanding kategori lain yang disebut tadi.
Secara prinsipnya,  kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak udara, makanan dan minuman mengikut kuantiti pembesaran serta pertumbuhan diri.
Dalam membina tumbesaran, sistem pertahanan diri, pencernaan dan sistem pembiakan kanak-kanak lebih terdedah risiko berbanding dengan orang dewasa.
"Gaya hidup anak seusia itu turut menyumbang risiko apabila mereka lebih kerap bermain berdekatan dengan lantai atau tanah.
"Malahan turut mudah terdedah kepada toksin alam sekitar yang boleh mengakibatkan kerosakan kekal dan berpenyakit setelah dewasa.
Justeru, apa langkah pencegahan untuk menghindar wabak influenza?
Cara paling berkesan untuk mengubatinya ialah melalui vaksinasi. Ia lebih selamat dan berkesan untuk kanak-kanak lantaran pendekatan itu sudah digunakan lebih dari 60 tahun.
Pun demikian, untuk pesakit dewasa, vaksinasi influenza hanya mampu melindungi virus daripada terus merebak. Ini kerana virus itu tidak sepadan dengan vaksin yang diberikan.
Dr Mohammad Iqbal, Dr Hamzaini menyarankan agar vaksin influenza diambil setiap tahun.
Ia ekoran virus itu boleh menjangkiti orang yang sama berulang kali dan mudah bermutasi serta terdapat banyak jenis virus influenza, kata beliau.
"Apabila pesakit dijangkiti kuman influenza, badan pesakit hanya menghasilkan imuniti terhadap jenis virus influenza spesifik itu sahaja, tidak kepada jenis virus influenza lain.
"Ini menyebabkan seseorang boleh menghidapi jangkitan influenza banyak kali. Pesakit juga boleh mengambil ubat antivirus oseltamivir atau lebih dikenali dengan nama tamiflu.
Beliau turut menasihatkan pesakit influenza untuk memakai topeng muka dan tidak digalakkan keluar rumah bagi mengelakkan penyebaran virus influenza ini.
Jika anda terlalu khuatir tentang virus itu, singkirkan sikap itu jauh-jauh. demam influenza boleh dirawat di rumah sahaja dan hanya sebilangan kecil yang berhadapan dengan komplikasi penyakit itu perlu dimasukkan ke wad.

SUMBER:Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor, Dr Hamzaini Yussof.

Virus boleh sebabkan dehidrasi, kegagalan jantung, buah pinggang
SEKIRANYA rawatan terhadap pesakit terkena influenza dilengahkan, ia mampu mengundah padah.
antara risiko yang boleh dihidapi jika pendekatan salah itu dipilih ialah boleh menyebabkan komplikasi seperti kegagalan fungsi organ utama seperti jantung dan buah pinggang.
risiko kematian juga tidak mustahil berlaku yang bukan disebabkan oleh virus influenza tetapi komplikasi penyakit tersebut kepada tubuh badan.
pada kebiasaannya, bayi dan kanak-kanak perlu ditempatkan di wad adalah disebabkan virus influenza A dan B.
Dalam hal itu, si kecil bukan setakat mengalami demam panas, malah hilang selera makan, batuk, muntah dan dehidrasi. Impaknya, kegagalan organ utama seperti jantung dan buah pinggang boleh berlaku jika lambat dirawat.
"Pesakit kanak-kanak yang kami terima kebanyakannya bawah lima tahun. Mereka mudah dijangkiti kerana mempunyai antibodi yang rendah.
"Keadaan pesakit kanak-kanak biasanya seperti banyak kehilangan air dan mengalami dehidrasi. Masalah kekurangan air dalam badan inilah perlu diberi rawatan segera," virus influenza boleh dicegah melalui pengambilan vaksin.vaksin influenza yang terkini seperti Vaxigrip Tetra, Fluquadri dan Fluarix Tetra memberi perlindungan yang terbaik.
vaksin dapat membantu menghindarkan empat jenis virus influenza berbanding vaksin terdahulu yang hanya memberi perlindungan terhadap tiga jenis virus sahaja.
Kepada orang dewasa pula, beliau menasihatkan agar mereka yang bercadang untuk melancong atau menunaikan umrah, perlu mendapatkan vaksin terlebih dahulu.

SUMBER:Pengamal Perubatan Keluarga, Poliklinik Az-Zaara, Ampang, Selangor, Dr Ramzul Adli Mohammad.