MESSENGGER MARKETING SHORT AND SWEET

MESSENGGER MARKETING SHORT  AND SWEET

.
MESSENGGER MARKETING
Tidak dinafikan ramai yang sudah “move on” dari menggunakan emel, SMS dan panggilan telefon kepada aplikasi  messenger seperti facebook messenger, Whatsapp dan sebagainya untuk “keep in touch” dengan family mahupun untuk perniagaan online.  Kerana buat masa ini, aplikasi messenger lah yang paling cepat, mudah dan lebih selesa untuk berhubung.
Bercakap mengenai messenger marketing,  facebook dulu pernah melancarkan M  Assistant  versi beta katanya, tetapi malangnya telah ditutup oleh facebook setelah 2 tahun setengah dilancarkan. Mungkin facebook merasakan m assistant satu kesilapan. Tapi kesilapan itu tidak perlu dikesalkan kerana M  assistant dengan kepakaran AI (artificial intelegence seperti itu akan diperlukan untuk masa akan datang sejajar dengan peningkatan “mobile messaging”, aplikasi messaging yang sangat popular dengan kebangkitan peralatan mobile ,penggunaannya berkembang dengan hebatnya malah mengatasi media sosial.
Semasa F8 conference baru baru ini facebook mengatakan  akan menambah teknologi  AR (augmented reality) ke dalam messenger . Mereka juga menyatakan 300,000 chatbot sudah berada di messenger facebook sehingga kini. 40 juta secara bulanan pendiri business aktif di facebook messenger dan 20 billion mesej dihantar antara pendiri bisnes dan pelanggan, menandakan ledakan messenger marketing menjelang tahun 2020. Ini diperkuatkan lagi dengan kajian Boston Consulting  group mengatakan
satu pertiga daripada semua pengguna telefon pintar yang sudah terlibat AR tool bertambah sekurang-kurangnya sebulan sekali, yang dijangka meningkat kepada 120 juta menjelang 2021.
Messenger marketing akan menjadi trending pada masa akan datang 2020 khususnya kerana salah satunya pelanggan merasakan seperti bercakap “1 to 1 “ dengan penjual. Ini diperjelaskan lagi dengan Kajian data facebook juga mengatakan 53% daripada pelanggan  suka berinteraksi dengan penjual secara terus. Pelanggan bukan setakat hanya boleh “send message”.juga boleh terus ke laman web , boleh juga klik butang untuk terus membeli atau membuat panggilan.
Melalui messenger marketing dapat meningkatkan “open rate” dan juga “conversion rate” berbanding emel marketing dan sebagainya. Kajian mengatakan peningkatan lebih daripada 10 x ganda daripada emel dan lain lain.Ledakan kepada messenger marketing juga kesan daripada email marketing dan sms terutamanya yang mudah terdedah dengan “SPAM”
Messenger marketing juga lebih “marketer-friendly”  dengan pilihan memuatnaik gambar, memuatnaik video dan boleh membuat  hyperlink text.  Ini membuatkan pendiri iklan boleh berinteraksi dengan pelanggan berdasarkan ciri-ciri yang mereka hendaki.”sebab tu di kalangan marketer mengatakan ”messenger marketing is short and sweet”.
Ini baru cerita berkenaan dengan facebook messenger secara khususnya belum lagi aplikasi messenger yang lain yang sama-sama pecut untuk berada di atas.Namun, apabila messenger marketing menjadi tersohor, tidak semestinya emel marketing,google SEO, database dilupakan terus kerana akan adanya INTEGRATED MARKETING yang akan menjadi lebih gagah dari yang ini pada masa akan datang
Norliza MD.