Kelantan sebuah negeri yang terkenal sebagai lubuk budaya, pusat pengajian dan pemancaran Islam dan pusat tradisi intelektualisme yang kukuh sejak zaman berzaman. Dari sebuah negeri yang berkembang dalam sejarahnya, dengan berbagai gelaran seperti gelaran negeri ' Cik Siti Wan Kembang' , ' Tanah Serendah Sekebun Bunga' , 'Kota Budaya' sehinggalah kepada gelaran 'Kelantan Darulnaim', apapun nama timangannya,
kesimpulan yang boleh diambil ialah bahawa Kelantan merupakan taman citra (imej) yang mempunyai identiti dan tegak memperlihatkan wajahnya.
Kebudayaan tradisi masyarakat Kelantan terpancar daripada warisan kesenian tradisi rakyat dan etnik Kelantan sepertimana dapat dilihat dalam persembahan Mak Yong, Wayang Kulit dan Dikir Barat, kemahiran perusahaan songket, membatik , ukirmengukir, perusahaan perak dan tembaga, permainan rakyat dan sebagainya.
Watak Kelantan sering dikaitkan dengan watak dinamis. Kedinamisan masyarakatnya terjelma dalam segala lapangan, kehidupan sosio-budaya, politik dan ekonomi.