TREND SOCIAL MEDIA PADA 2019



infografik daripada  cruchysocial.com ni menunjukkan trends media social pada tahun ini 2019.

  1. VIDEO
bisnes sekarang sudah rancak menggunakan live video ataupon buat cerita pendek berkaitan dengan produk mereka


2. INFLUENCER MARKETING

pernah dengar influencer marketing ?influencer marketing ni adalah satu cara promosi pemasaran menggunakan orang berpengaruh di media social seeprti di Instagram. Youtube,Blog dan sebagainya


"influencer ini mempunyai ramai pengikut dan mereka mempunyai pengaruh yang cukup kuat kepada pengikutnya seperti artis ,youtuber dan lain lain.contoh macam syahmi sazli.

ada juga artis yang menawarkan paid review berbentuk video tutorial seperti  nor khiriah pelakon cerita nur yang hot kt tv3 tu.






3. DISSAPEARING CONTENT.
ha..yang ni ramai yang suka pakai,,
macam snapchat yang offer dissapearing content . maksudnya buat stories dalam masa 24 jam lepas tu hilang, macam ig stories juga.


4. TRANSPARENT.
Jujur dalam menjalankan bisnes.jaga perhubungan dengan pelanggan. pelanggan membeli kerana percaya. jaga kepercayaan pelanggan supaya kita tetap sustain di alam maya.

5.CHATBOT
chatbot dengan kata lain robot yang boleh bercakap dengan manusia. robot ini dicipta oleh manusia dengan kepakaran AI untuk berinteraksi dengan  manusia melalui media sosial.
chatbot menjadi aset penting kepada bisnes di media social.setiap info yang diperlukan pelanggan akan dijawab oleh chatbot .






warisan budaya dan pelancongan negeri kelantan MALAYSIA

Kelantan sebuah negeri yang terkenal sebagai lubuk budaya, pusat pengajian dan pemancaran Islam dan pusat tradisi intelektualisme yang kukuh sejak zaman berzaman. Dari sebuah negeri yang berkembang dalam sejarahnya, dengan berbagai gelaran seperti gelaran negeri ' Cik Siti Wan Kembang' , ' Tanah Serendah Sekebun Bunga' , 'Kota Budaya' sehinggalah kepada gelaran 'Kelantan Darulnaim', apapun nama timangannya,
kesimpulan yang boleh diambil ialah bahawa Kelantan merupakan taman citra (imej) yang mempunyai identiti dan tegak memperlihatkan wajahnya.








Kebudayaan tradisi masyarakat Kelantan terpancar daripada warisan kesenian tradisi rakyat dan etnik Kelantan sepertimana dapat dilihat dalam persembahan Mak Yong, Wayang Kulit dan Dikir Barat, kemahiran perusahaan songket, membatik , ukir­mengukir, perusahaan perak dan tembaga, permainan rakyat dan sebagainya.
Watak Kelantan sering dikaitkan dengan watak dinamis. Kedinamisan masyarakatnya terjelma dalam segala lapangan, kehidupan sosio-budaya, politik dan ekonomi.