PEMASARAN DIGITAL.
Apakah pemasaran digital
pemasaran digital
ialah cara memasar, menjual atau menawarkan servis menggunakan pemasaran secara emel, pemasaran google dan juga media sosial
seperti facebook dan sebagainya.
taktik pemasaran digital adalah cara yang paling kos efektif
untuk memasarkan perniagaan kita berbanding pemasaran digital
Salah satu kelebihan
penting dalam pemasaran digital adalah kerana kos efektif untuk
memasarkan perniagaan kita.
berbanding pemasaran digital , pemasaran secara tradisional
sangat sukar untuk perniagaan kecil dengan belanjawan terhad untuk bersaing
dengan perniagaan yang lebih besar untuk ruang iklan.
dengan taktik pemasaran digital yang mampu dimiliki,
perniagaan kecil boleh mendapatkan lebih banyak untuk perbelanjaan pemasaran
mereka.
pelanggan kita yang berada di alam maya boleh dicapai
apabila kita menggunakan pemasaran digital.
Internet telah membolehkan kita mencapai pasaran
antarabangsa, menghapuskan batas geografi. Untuk memasarkan perniagaan ke
penduduk negara mahupun benua lain tidak lagi mahal. Dalam bajet yang kecil
berbanding pemasaran tradisional, kita boleh mengakses potensi pengguna dari
seluruh dunia.
Pemasaran digital membolehkan kita mencapai pengguna dalam
pelbagai cara, mencapai lebih banyak jenis audiens dan menawarkan produk dan
servis yang lebih luas.
Jika pemasaran tradisional hanya bertumpu terhadap mendedahkan
masyarakat terhadap jenama anda, pemasaran digital membantu perbualan antara
syarikat dan pengguna.Anda boleh menggalakkan prospek, klien dan followers
untuk melawat laman web anda, menilai produk anda, membeli dan memberi
maklumbalas yang dapat dilihat oleh pasaran. Mereka juga boleh bertanya soalan
dan respon kita boleh memberi manfaat terhadap audiens yang pasif.
Internet adalah kepantasan, dan dalam konteks ini pemasaran
dapat memberikan anda impak segera. Samada untuk menyebarkan maklumat tentang
produk, berkongsi maklumat, membeli, membayar – semuanya boleh dilakukan dengan
hanya beberapa klik. Anda tidak perlu lagi menanti berminggu-minggu untuk
mengembangkan bisnes anda.
Pemasaran digital mengizinkan anda melihat apa yang berkesan
dan apa yang tidak terhadap pemasaran anda, dan anda boleh mula merancang untuk
strategi berikutnya dalam masa yang singkat. Jika ianya hampir mustahil untuk
mendapatkan data analisis keberkesanan dalam pemasaran tradisional,
juruanalisis pemasaran anda boleh menghasilkan laporan lengkap berkenaan kempen
pemasaran online anda.