DIGITAL MARKETING


PEMASARAN DIGITAL.






Apakah pemasaran digital

pemasaran digital  ialah cara memasar, menjual atau menawarkan servis menggunakan  pemasaran secara emel,  pemasaran google dan juga media sosial seperti facebook dan sebagainya.

taktik pemasaran digital adalah cara yang paling kos efektif untuk memasarkan perniagaan kita berbanding pemasaran digital

Salah satu kelebihan  penting dalam pemasaran digital adalah kerana kos efektif untuk memasarkan perniagaan kita.

berbanding pemasaran digital , pemasaran secara tradisional sangat sukar untuk perniagaan kecil dengan belanjawan terhad untuk bersaing dengan perniagaan yang lebih besar untuk ruang iklan.

dengan taktik pemasaran digital yang mampu dimiliki, perniagaan kecil boleh mendapatkan lebih banyak untuk perbelanjaan pemasaran mereka.

pelanggan kita yang berada di alam maya boleh dicapai apabila kita menggunakan pemasaran digital.
Internet telah membolehkan kita mencapai pasaran antarabangsa, menghapuskan batas geografi. Untuk memasarkan perniagaan ke penduduk negara mahupun benua lain tidak lagi mahal. Dalam bajet yang kecil berbanding pemasaran tradisional, kita boleh mengakses potensi pengguna dari seluruh dunia.
Pemasaran digital membolehkan kita mencapai pengguna dalam pelbagai cara, mencapai lebih banyak jenis audiens dan menawarkan produk dan servis yang lebih luas.

Jika pemasaran tradisional hanya bertumpu terhadap mendedahkan masyarakat terhadap jenama anda, pemasaran digital membantu perbualan antara syarikat dan pengguna.Anda boleh menggalakkan prospek, klien dan followers untuk melawat laman web anda, menilai produk anda, membeli dan memberi maklumbalas yang dapat dilihat oleh pasaran. Mereka juga boleh bertanya soalan dan respon kita boleh memberi manfaat terhadap audiens yang pasif.
Internet adalah kepantasan, dan dalam konteks ini pemasaran dapat memberikan anda impak segera. Samada untuk menyebarkan maklumat tentang produk, berkongsi maklumat, membeli, membayar – semuanya boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik. Anda tidak perlu lagi menanti berminggu-minggu untuk mengembangkan bisnes anda.
Pemasaran digital mengizinkan anda melihat apa yang berkesan dan apa yang tidak terhadap pemasaran anda, dan anda boleh mula merancang untuk strategi berikutnya dalam masa yang singkat. Jika ianya hampir mustahil untuk mendapatkan data analisis keberkesanan dalam pemasaran tradisional, juruanalisis pemasaran anda boleh menghasilkan laporan lengkap berkenaan kempen pemasaran online anda.