2 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun / GLC

Job Description :
Jawatan Kosong CUEPACS

Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini:

1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF N27
2. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

SYARAT LANTIKAN:
1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF

(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau ( Gaji Permulaan pada gred N27 : P1T1 )
ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T5 )
(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T6 ,)

(b) Syarat Kenaikan Pangkat secara Lantikan.

( i) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian & Operasi ), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan ), Pembantu Tadbir ( Kewangan ) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila :-

a) telah disahkan dalam perkhidmatan, atau
b) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i),
c) lulus peperiksaan khas.

c) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

d) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.


2. PEMBANTU TADBIR [Perkeranian & operasi]

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T1 ),
(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari UiTM yang diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengannya,( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T6 ),
(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ( Gaji permulaan pada Gred N17 – P1T8 ),
(iv) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan dari Politeknik-Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji permulaan pada Gred N17 – P1T9 )
(v) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik serta kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.( Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T9)

(b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, ( Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer ),

(c) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) atau (ii) diatas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

e) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.

UMUR

1. Calon bagi lantikan hendaklah berumur

a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS, Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.

Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-

Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.

Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 14 Februari 2011. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Februari 2011