TEKNOLOGI DAN PENDIDIKAN

tahun ini 2019
tahun depan dah 2020
wawasan 2020 sudah tercapai?

kita dicuci dengan "iklan " wawasan 2020 dari beberapa tahun yang lalu lagi,
akhirnya kita akan berada di tahun 2020 dalam masa xsampai 4 bulan,,

masa sekejap je berlalu.begitu jugalah teknologi .
budak budak zaman ini tidak boleh dipisahkan dengan gajet.
apabila kanak kanak dengan gajet sudah  intim, sedikit tercalar pendidikan disebabkan leka ber gajet.

disebabkan itu pendidikan sekarang kena seiring dengan teknologi yang  berkembang laju ini.

maka ibubapa, para guru, para intelek kena cari alternatif untuk selaraskan pendidikan dengan teknologi.

sudah ada yang mengikutinya.sudah ada pembina teknologi  yang membina sistem e  learning.
salah satunya ialah SKOR A.
pendidikan berasaskan e-learning sudah mula diguna pakai sejak 1 dekad lalu,

kini timbul mula pendidikan M-learning (mobile) sesuai dengan "kanak-kanak dengan gajet berpisah tiada".

jadi ibubapa perlu mengikuti arus ini supaya anak anak mereka tidak ketinggalan.






TREND SOCIAL MEDIA PADA 2019



infografik daripada  cruchysocial.com ni menunjukkan trends media social pada tahun ini 2019.

  1. VIDEO
bisnes sekarang sudah rancak menggunakan live video ataupon buat cerita pendek berkaitan dengan produk mereka


2. INFLUENCER MARKETING

pernah dengar influencer marketing ?influencer marketing ni adalah satu cara promosi pemasaran menggunakan orang berpengaruh di media social seeprti di Instagram. Youtube,Blog dan sebagainya


"influencer ini mempunyai ramai pengikut dan mereka mempunyai pengaruh yang cukup kuat kepada pengikutnya seperti artis ,youtuber dan lain lain.contoh macam syahmi sazli.

ada juga artis yang menawarkan paid review berbentuk video tutorial seperti  nor khiriah pelakon cerita nur yang hot kt tv3 tu.






3. DISSAPEARING CONTENT.
ha..yang ni ramai yang suka pakai,,
macam snapchat yang offer dissapearing content . maksudnya buat stories dalam masa 24 jam lepas tu hilang, macam ig stories juga.


4. TRANSPARENT.
Jujur dalam menjalankan bisnes.jaga perhubungan dengan pelanggan. pelanggan membeli kerana percaya. jaga kepercayaan pelanggan supaya kita tetap sustain di alam maya.

5.CHATBOT
chatbot dengan kata lain robot yang boleh bercakap dengan manusia. robot ini dicipta oleh manusia dengan kepakaran AI untuk berinteraksi dengan  manusia melalui media sosial.
chatbot menjadi aset penting kepada bisnes di media social.setiap info yang diperlukan pelanggan akan dijawab oleh chatbot .






warisan budaya dan pelancongan negeri kelantan MALAYSIA

Kelantan sebuah negeri yang terkenal sebagai lubuk budaya, pusat pengajian dan pemancaran Islam dan pusat tradisi intelektualisme yang kukuh sejak zaman berzaman. Dari sebuah negeri yang berkembang dalam sejarahnya, dengan berbagai gelaran seperti gelaran negeri ' Cik Siti Wan Kembang' , ' Tanah Serendah Sekebun Bunga' , 'Kota Budaya' sehinggalah kepada gelaran 'Kelantan Darulnaim', apapun nama timangannya,
kesimpulan yang boleh diambil ialah bahawa Kelantan merupakan taman citra (imej) yang mempunyai identiti dan tegak memperlihatkan wajahnya.








Kebudayaan tradisi masyarakat Kelantan terpancar daripada warisan kesenian tradisi rakyat dan etnik Kelantan sepertimana dapat dilihat dalam persembahan Mak Yong, Wayang Kulit dan Dikir Barat, kemahiran perusahaan songket, membatik , ukir­mengukir, perusahaan perak dan tembaga, permainan rakyat dan sebagainya.
Watak Kelantan sering dikaitkan dengan watak dinamis. Kedinamisan masyarakatnya terjelma dalam segala lapangan, kehidupan sosio-budaya, politik dan ekonomi.

MESSENGGER MARKETING SHORT AND SWEET

MESSENGGER MARKETING SHORT  AND SWEET

.
MESSENGGER MARKETING
Tidak dinafikan ramai yang sudah “move on” dari menggunakan emel, SMS dan panggilan telefon kepada aplikasi  messenger seperti facebook messenger, Whatsapp dan sebagainya untuk “keep in touch” dengan family mahupun untuk perniagaan online.  Kerana buat masa ini, aplikasi messenger lah yang paling cepat, mudah dan lebih selesa untuk berhubung.
Bercakap mengenai messenger marketing,  facebook dulu pernah melancarkan M  Assistant  versi beta katanya, tetapi malangnya telah ditutup oleh facebook setelah 2 tahun setengah dilancarkan. Mungkin facebook merasakan m assistant satu kesilapan. Tapi kesilapan itu tidak perlu dikesalkan kerana M  assistant dengan kepakaran AI (artificial intelegence seperti itu akan diperlukan untuk masa akan datang sejajar dengan peningkatan “mobile messaging”, aplikasi messaging yang sangat popular dengan kebangkitan peralatan mobile ,penggunaannya berkembang dengan hebatnya malah mengatasi media sosial.
Semasa F8 conference baru baru ini facebook mengatakan  akan menambah teknologi  AR (augmented reality) ke dalam messenger . Mereka juga menyatakan 300,000 chatbot sudah berada di messenger facebook sehingga kini. 40 juta secara bulanan pendiri business aktif di facebook messenger dan 20 billion mesej dihantar antara pendiri bisnes dan pelanggan, menandakan ledakan messenger marketing menjelang tahun 2020. Ini diperkuatkan lagi dengan kajian Boston Consulting  group mengatakan
satu pertiga daripada semua pengguna telefon pintar yang sudah terlibat AR tool bertambah sekurang-kurangnya sebulan sekali, yang dijangka meningkat kepada 120 juta menjelang 2021.
Messenger marketing akan menjadi trending pada masa akan datang 2020 khususnya kerana salah satunya pelanggan merasakan seperti bercakap “1 to 1 “ dengan penjual. Ini diperjelaskan lagi dengan Kajian data facebook juga mengatakan 53% daripada pelanggan  suka berinteraksi dengan penjual secara terus. Pelanggan bukan setakat hanya boleh “send message”.juga boleh terus ke laman web , boleh juga klik butang untuk terus membeli atau membuat panggilan.
Melalui messenger marketing dapat meningkatkan “open rate” dan juga “conversion rate” berbanding emel marketing dan sebagainya. Kajian mengatakan peningkatan lebih daripada 10 x ganda daripada emel dan lain lain.Ledakan kepada messenger marketing juga kesan daripada email marketing dan sms terutamanya yang mudah terdedah dengan “SPAM”
Messenger marketing juga lebih “marketer-friendly”  dengan pilihan memuatnaik gambar, memuatnaik video dan boleh membuat  hyperlink text.  Ini membuatkan pendiri iklan boleh berinteraksi dengan pelanggan berdasarkan ciri-ciri yang mereka hendaki.”sebab tu di kalangan marketer mengatakan ”messenger marketing is short and sweet”.
Ini baru cerita berkenaan dengan facebook messenger secara khususnya belum lagi aplikasi messenger yang lain yang sama-sama pecut untuk berada di atas.Namun, apabila messenger marketing menjadi tersohor, tidak semestinya emel marketing,google SEO, database dilupakan terus kerana akan adanya INTEGRATED MARKETING yang akan menjadi lebih gagah dari yang ini pada masa akan datang
Norliza MD.