4 Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia

4 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun / GLC

Job Description :
Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).


1. PENOLONG PENERBITAN RANCANGAN RADIO GRED 27
2. FELLOW KANAN (SYARIAH)
3. FELLOW KANAN (PENDIDIKAN)
4. FELLOW GRED 48


SYARAT LANTIKAN:

1. PENOLONG PENERBITAN RANCANGAN RADIO GRED 27

- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Memiliki Diploma dalam Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
(c) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(d) Mempunyai pengalaman bekerja di bidang penyiaran radio;dan
(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran menggunakan komputer.


2. FELLOW KANAN (SYARIAH)

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia di dalam bidang Syariah;
(c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 8 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan Akademik di sektor awam atau swasta;
(d) Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang-bidang tersebut atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut penilaian IKIM;
(e) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik; pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer serta boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris; dan berkemahiran merujuk sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab.
(g) Kemahiran untuk merujuk suber-sumber Islam dalam Bahasa Arab akan dinilai sebagai satu kelebihan.


3. FELLOW KANAN (PENDIDIKAN)

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang Pendidikan;
(c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 8 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan Akademik di sektor awam atau swasta;
(d) Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang pendidikan atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut penilaian IKIM;
(e) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer serta boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris; dan
(g) Kemahiran untuk merujuk sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab akan dinilai sebagai satu kelebihan.


4. FELLOW GRED 48

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana (Master) daripada Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan di dalam bidang Sains Politik;
(c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 6 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan di sektor awam atau swasta;
(d) Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang-bidang tersebut atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut pertimbangan IKIM;dan
(e) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer serta boleh bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris.


CARA MEMOHON:

- Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189


sebelum atau selewat-lewatnya pada tarikh tutup iklan dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.


Catatan Am

Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Tarikh Tutup Permohonan :31 Januari 2011 (Jawatan 1),
28 Februari 2011 (Jawatan 2 - 4)