Jawatan Kosong Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia)

5 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun / GLC

Job Description :
Jawatan Kosong Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia)

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Enterpris Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

Perkhidmatan ini adalah secara kontrak selama dua (2) tahun bagi jawatan-jawatan berikut :

1. PENGURUS GRED 7
2. PENOLONG PENGURUS GRED 8
3. PENOLONG PENGURUS (JURUAUDIT) Gred 8
4. PEGAWAI EKSEKUTIF (PERPUSTAKAAN) GRED 11
5. PEMBANTU PENTADBIRAN GRED 14


KLIK UNTUK SYARAT LANTIKAN

CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my


MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan.
iii.Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Aras 15, West Wing, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)


CATATAN AM
- Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berjaya.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tiada makluman bertulis akan dikeluarkan oleh pihak SME Corp. Malaysia.

Tarikh Tutup Permohonan :14 Februari 2011